Labels

+S.a.h.a.b.a.t.+

Thursday, 6 December 2012

Resepi Red Velvet Cake

Pada yang bertanya..ni saya tepek resepinya..mcm sy inform sebelum ni..resepinya saya google je..tq pd tuan empunya resepi..resepi puan sgt marvellous!!!..=)

Disclaimer: Tulisan yg highlight warna kuning adalah olahan saya ye..terpulang nk ikut ke tidak...




Red Velvet Cake:
250 grams tepung kek (diayak)
1/2 sudu kecil garam (kalau pakai salted butter, abaikan ini ya)
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan mentega dalam suhu bilik (113 gram)
300 gram gula castor (sy guna 250gm sahaja)
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan (240 ml) buttermilk. Buttermilk boleh dibuat sendiri dengan campurkan 1 sudu besar cuka @ lemon ke dalam 240ml (1 cawan) susu segar, dan dibiarkan selama 15-20 minit. Buttermilk menjadikan kek lebih gebu dan lembut)
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka (sy guna jus lemon..cuka xde..)
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting:
(Resepi Cream Cheese from Joy of Baking)
250 gram cream cheese dalam suhu bilik
250 gram Mascarpone Cheese dalam suhu bilik (kalau tiada, pakai 250 gram cream cheese tambahan)
1 tsudu kecil esen vanila
1 cawan gula aising (ayak)
1 1/2 cawan whipping cream
(yang ni saya olah sedikit ya supaya dapat cream cheese yang kental. Hehe)
250 gram cream cheese dalam suhu bilik
85 gram gula aising
300 gram Non-Dairy Whipping Cream
Versi Saya:
250 g cream cheese suhu bilik
50 gm gula aising
1/2 cwn butter
1 cwn Non Diary Whipping Cream (pastikan sejuk)
Red Velvet Cake:
  1. Panaskan oven dalam 170 degree Celsius . Sediakan 9 inci loyang kek, dan lapis bawah loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
  3. Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega sehingga kembang (2 -3 minit dah mencukupi). Tambahkan gula castor dan pukul sehingga ringan dan gebu (3 – 4  minit).
  4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul rata. Kemudian, campurkan esen vanila dan pukul rata.
  5. Campurkan buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah. Dengan speed perlahan, campurkan buttermilk + pewarna ke dalam adunan butter, sambil diselang selikan dengan adunan tepung dalam 3 bahagian. Mulakan dengan tepung, dan akhiri dengan tepung.
  6. Dalam cawan kecil berasingan, campurkan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan campuran fiizing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
  7. Masukkan adunan kek terus ke dalam loyang dan bakar dalam 20 – 30 minit @ sehingga masak. Cek menggunakan lidi di tengah-tengah kek. Kalau bersih licin, maka kek sudah masak. Masa membakar adalah bergantung pada oven-oven kesayangan puan-puan sekalian.
  8. Sejukkan atas rak wire. Bila kek dah betul-betul sejuk, bungkus dengan pembungkus makanan plastik, dan letakkan dalam peti ais sekurang-kurangnya selama sejam (atau semalaman). Lagipun, kek akan lebih firm dan cantik bila bersejuk semalaman (rasa pun lebih sedap).
Untuk Cream Cheese Frosting:
  1. Dalam mesin kisar, campurkan sahaja cream cheese dan mascarpone cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula aising dan pukul lagi sampai gebu. kemudian, campurkan whipping cream dan pukul lagi sampai adunan jadi pekat.
  2. Sapukan sesuka hati atas kek.
  3. Siap!

Versi Saya:

1. Pukul cream cheese dan butter hingga gebu, kemudian masukkan gula aising..pukul hingga sebati
2. Dalam bekas berasingan..pukul whip cream hingga kental (terbalikkan tak jatuh)
3. Kemudian, baru campur dan pukul sebati..



4 comments:

  1. Replies
    1. kata husband saya sedap..x manis sgt...ntah la su..hihi..

      Delete
  2. tengkiu anis...InshaAllah bleh try lps abes exam neh... heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tau..jgn tak cuba..nnt tepek gambar tau..=)

      Delete

+A.n.n.i.v.e.r.s.a.r.y K.a.m.i+

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...