Labels

+S.a.h.a.b.a.t.+

Tuesday 8 May 2012

Kata Ady Putra

Jika mereka boleh bersabar selama 6 tahun menanti zuriat..bagaimana dgn kita?..mampu ke x?..ape2 pun..saya kagum sama kamu Ady dan Aida..berita lanjut..sila ke kosmo....=)



ADY PUTRA tetap berharap agar Allah memberi dia dan isterinya, Aida, peluang untuk memperoleh cahaya mata sendiri. Ady menolak untuk mengambil anak angkat.


SUDAH enam tahun pelakon bertubuh sasa, Ady Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, mendirikan rumah tangga dengan Aida Yusof. Namun sehingga kini mereka belum dikurniakan rezeki anak selepas Aida mengalami keguguran sebanyak empat kali.
Paling mengecewakan pasangan itu apabila isterinya disahkan mengandung kembar tiga tahun lepas, namun kandungannya tidak kuat dan dia sekali lagi mengalami keguguran.
Ramai yang mencadangkan supaya Ady mengambil anak angkat. Mungkin berkat mengambil anak angkat, mereka akan dikurniakan anak kandung selepas itu tetapi Ady menolak. Kenapa Ady menolak untuk mengambil anak angkat?
Ikuti perbualan Kosmo! bersama Ady ketika ditemui selepas persembahan Minggu Setiausaha bersama penyanyi Zahid AF dan Ady Putra yang berlangsung di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur.
Isteri anda sudah mengalami keguguran sebanyak empat kali. Apakah puncanya isteri anda mengalami keguguran?
Doktor beritahu dia ada penyakit Endometriosis (tisu daripada selaput dalam rahim yang juga disebut endometrium telah tumbuh di luar rahim). Disebabkan itu, kandungannya sukar lekat dengan kuat.
Adakah anda merujuk kepada pakar sakit puan mengenai masalah tersebut?
Kami telah berjumpa dengan beberapa pakar sakit puan. Tetapi setakat ini, ia belum menunjukkan sebarang hasil. Malah, saya juga ada cuba perubatan daripada Arab.
Bagaimana pula dengan perubatan tradisional?
Saya sudah mencuba semuanya, termasuk berubat secara tradisional. Bukan itu sahaja, saya juga ada bawa dia berjumpa pakar bidan dan bawa dia pergi mengurut. Apabila kita bercakap soal anak, ia bukan semudah seperti kita nak buat sebuah kereta. Mungkin belum rezeki untuk kami dapat anak.
Tidak teringin untuk mengambil anak angkat sahaja?
Ramai yang mencadangkan supaya kami mengambil anak angkat. Kata mereka, mungkin berkat saya ambil anak angkat selepas itu saya dikurniakan anak sendiri. Tetapi saya tanya pada diri sendiri mampukah saya menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab sebab dia bukan darah daging sendiri. Saya juga takut tidak dapat berlaku adil pada anak angkat itu. Kalau boleh, saya mahu zuriat daripada darah daging sendiri kerana ia boleh menyambung keturunan.
Apakah usaha lain yang dilakukan anda untuk memperoleh anak?
Saya sudah buat solat hajat malah saya dan isteri juga sudah mengerjakan umrah. Kalau Tuhan masih belum mengurniakan anak kepada kita, maka kita tunggu sajalah. Mungkin Dia sudah rancang dan hanya Dia sahaja yang tahu.
Maaf bertanya, disebabkan tiada rezeki anak, tidakkah berlaku sebarang perselisihan faham antara anda dan isteri?
Alhamdulillah, tiada sebarang pertikaian antara saya dan isteri. Tapi, saya tak tahulah perasaan dia macam mana. Cuma, apa yang boleh dilakukan, saya sentiasa tunjukkan kasih sayang saya padanya. Saya tak dapat bayangkan macam mana kalau saya berada di tempat dia. Mungkin saya tak kuat dan tak dapat terima kenyataan. Dia memang seorang yang tabah.


p/s:

Jika benar bagai dikata...seriously saya sgt kagum dgn kamu berdua..doa saya utk anda semoga Allah makbulkan ape yg telah lama anda berdua hajati...amin..



8 comments:

  1. Assalam..
    Touchingnya..apa pun Allah blm izinkan lagi.

    Salam perkenalan. Mari jenguk blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan cik puan tipah..sblum ni mmg ade berjalan2 ke blog awak..hihihi..=)..keep in touch k...

      Delete
  2. org yg hadapi dugaan mmg biasanya mmg tabah..
    mcm kita..
    mudah2an dia terus setia dgn isteri dia .kan...kan
    jgn curang..jgn cinta beralih arah..hehe

    yg kita bukan artis ni lg patot beruntung..
    xde wartawan.peminat sebok tanya ari2 bile nak ada anakkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mag..mujur kite ni bukan artis..klu x..lg stress mau nya...hihi..so far rs sgt inspired dgn diorg suami isteri..=)

      Delete
  3. Tabah nya beliau... dia lagi laa nak kena hadapi dgn wartawan lagi kan... kita nie dgn wartawan kampung xbersijil pon dh lemah...



    New TTC Blog - Singah2 laa ye
    http://aswith4kids4ever.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan..betul tu..kdg2 wartawan x bersijil tu lg bahaya..sbb xde editor nk edit cerita diorg..hihihihi..x tapis2 dah...=)

      Delete
  4. Tahu xpe... tapis diaorg bocor gamaknya...

    ReplyDelete
  5. owwhh..si isteri pernah la pregnant kembar 3. bagusnye..kembar 3 tu..jarangnye kita dengar..

    ReplyDelete

+A.n.n.i.v.e.r.s.a.r.y K.a.m.i+

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...